*Reminder first and foremost for me on this gorgeous Saturday alhamdulillah, Amin..*
Semakin kita berusia,
Jika hati semakin jauh dariNya,
Semakin kita berlumba-lumba,
Mencari harta,
Dan perhargaan manusia.
Manusia yang sama,
Yang akan bertarung seperti kita,
Dengan buku amalan yang diterima,
Menjawab soalan dari yang Esa,
Manusia fana,
Illahi,
Abadi.
Everyday rants from a 40 year old woman thousands of miles away from home

Saturday, November 30, 2013
Sunday, November 17, 2013
Insafnya saya
Saya ahli asbab di alam mulk,
Intai intai para auwliyya di alam malakut,
Ruh sulthoninya di alam jabbarut,
Dan al-qudsnya di alam lahut?
Beri insaf tipisnya iman,
Hatiku gelap di dalam badan,
Selagi perlunya ada,
5 pancaindera untuk mencinta,
Amalan bukan buat untuk meminta,
Tapi sebab bercinta,
DenganNya..
Al-Hallaj kata,
Allah ada dalam baju dia.
Saya?
Duduk di mana ?
Sungguhnya beza,
Lebih dari tujuh petala..
Berjalan merangkak,
Selalu jatuh.
Insaf saya. Sungguh insaf....
SubhanAllah..
*Kes lepas usha Al-Hikam :terima kasih Ustaz Zainul Asri Syeikh Muhd Zainul Asri atas pencerahan menghiburkan yang kemudian saya panjangkan dengan bacaan sekadar untuk sedikit pemahaman*
Friday, November 15, 2013
MY CHEBOBOT GOT 5AS!!!! SYUKUR ALHAMDULILLAH 15.11.2013
MY CHEBOBOT GOT 5AS!!!! SYUKUR ALHAMDULILLAH .
My humble two cents on academic excellence in Islam :
Our function in life as dictated by Allah swt are three :
1) to be His hamba
2) to do good and justice to man and contents of this earth
3) to be a Khalifah of this earth
Effort is a prerequisite to ask for help from Allah . We cannot expect to fold arms and expect success . We have to work hard to succeed.
As a teacher, I personally do not subscribe to academic mediocrity as an Islamic way of life. Material wealth yes definitely.
As how can we be a Khalifah of this earth if we are academically mediocre? We have to be excellent.
Ubuddiah is key. But it should never cloud excellence in life. If it did then we have unfortunately misunderstood our blessed deen.
Let's not subscribe to mediocrity . Let's also not also subscribe to ujub, riak and hasad dengki to achieve success.
It is not permissible and will menggelapkan mata hati.
So for us who think its ok to be so so and go to Jannah let's reset our minds. A reminder first and foremost for me.
So good job on all Muslims - brothers and sisters and especially our CHILDREN who have succeeded academically and duas for us still fighting the good fight.
Wallahualam bissawabb.

Sunday, November 10, 2013
Merajuk
Kalau nak cakap tersentuh,
merajuk,
sedih, terguris,
Tak payah kata,
tak boleh kira,
berapa ratus ribu kali..
Tak ada internet,
ada meeting,
tak ada masa,
Hati?
Pujuk sendiri
merajuk,
sedih, terguris,
Tak payah kata,
tak boleh kira,
berapa ratus ribu kali..
Tak ada internet,
ada meeting,
tak ada masa,
Hati?
Pujuk sendiri
Azran ..Azran..
MEDAN TEMPUR: PANASS !!! AZRAN OSMAN RANI TERUS DIASAK BERTUBI T...:
Attended the 1st International Malaysian Students Conference on Vision 2020 in 1993 with this guy. Most humbling experience but best highlight of my life. All Malaysian students from all races from Harvard, Stanford, Yale, Cambridge, Oxford and ehem ehem..wait for this.. one and only ITM Shah Alam ..err..guess who?? haha.. Malu gila bila orang tanya MIT? Massachusetts Institute of Technology? Rasa macam nak lari..!
The most unforgettable thing about this guy at the conference ( I was totally gobsmacked!!) was when he cut his long hair in front of ALL of us plus the Menteris in response to orang kritik dia pasal datang conference from US berambut panjang .. has obviously not changed his attitude. Stanford Graduate. Very intelligent.
Only Allah knows what he's trying to do. I wish him all the best.

Saturday, November 9, 2013
Kecilnya saya....
Saya ahli asbab di alam mulk, intai intai cerita auliyya di alam malakut; makam tertinggi tak dapat dipaut.
Roh sulthoninya di alam jabarrut dan al-Quds nya di lahut ?
Layers antara saya dan mereka tak layak dikira.
Selagi memerlukan 5 pancaindera untuk bercinta,
Kecilnya saya.
Seperti hama.
No. Smaller. Hepatitis B virus of 3.2 base pairs and 42 nm diameter.
TUHAN ku yang Maha Agung. Attempts to know You makes me feel this 'big'.
Insaf.
SubhanAllah.

Solat Sunat Awwabin dan Hafizul Iman
Solat Sunat Awwabin
Posted by Shafi-Q.
Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib
dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan
sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20
rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal
ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk
berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga
dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT.
merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang
berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
.
.
Fadhilat Solat Awwabin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa
yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya
dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas
tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
.
.
Doa Sebelum Solat Awwabin
Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:
.
.
CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:
.
1. Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabina. Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b. Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:
1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali
.
c. Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!
.
d. Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
.
.
2. Solat Sunat Awwabina. Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b. Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah
surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah
al-Ikhlas.
.
.
3. Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharaha. Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:
Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b. Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)
.
c. Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang
ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku;
Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
.
.
.
Al-Hikam Hikmah 1
Orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya.
Jika orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di kalangan sebahagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya menyerupai sifat orang kafir. Orang yang seperti ini melakukan amalan kerana kepentingan diri sendiri, bukan kerana Allah s.w.t. Orang ini mungkin mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia.Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit, kemiskinan dan sebagainya. Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya.
Sebahagian kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian orang yang bersandar kepada amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian. Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong.
Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan amalnya yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya seperti berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tertinggal melakukan sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia berasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaan mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasauf.
Jadi, ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkesanan amal dalam mendapatkan sesuatu. Golongan pertama kuat berpegang kepada amal zahir, iaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka tersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih diperingkat permulaan pula kuat bersandar kepada amalan batin seperti sembahyang dan berzikir. Jika mereka tertinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka untuk mendapatkan anugerah Allah s.w.t.
Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat. Ia termasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan keberkesanan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu.
Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:
Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.
Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.
Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya. Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.
Friday, November 8, 2013
Surah 18 Kahf سورة الكهف Mishary Rashid Alafasy (Arabic & Translation) H...
http://www.youtube.com/v/1KKR_FrUuH8?version=3&autohide=1&autohide=1&feature=share&autoplay=1&attribution_tag=lNY1lq4apSlJ-d-PJ1DrRg&showinfo=1
SubhanAllah... I love this Surah..as I am sure I will do the others, in shaa Allah. Thank you Allah for giving me the extra forty minutes of life to appreciate this surah. I am very happy this evening, masha Allah.. :-)

INGAT NI!
Reminder untuk kamu Zarina:
My posts on children and husband...that we love them we miss them sampai tertaksub kekadang.. I am guilty of that a lot. But I have since been reminded that yes.. suami pintu syurga kita, anak pencen akhirat kita. Tapi mati nanti kita tak bawak mereka juga masuk kubur kita. So let's not forget Allah swt as the ultimate end all be all and what He has asked of us. Tanggungjawab kita semua tiga:
1) Menghambakan diri pada Allah swt. First and foremost.
2) Menjaga hubungan dengan manusia dan sekelian alam.
Habluminnannas habluminaAllah.
3) Menjadi KHALIFAH di bumi ini.
Saya for example. Datang sini atas amanah. Duit RAKYAT dan redha ALLAH atas satu janji. So Zarina please lakukan tanggungjawab dengan amanah, habiskan mujahadah ini responsibly as best you can dengan syukur, redha serta istiqamah.
Kalau terlalu distracted atau taksub dengan benda lain kurniaan Allah tak habis habis sampai lupa tanggungjawab saya susah juga. Kalau rakyat MALAYSIA haramkan duit scholarship saya atas cuai dengan tanggungjawab apa saya nak jawab pada Allah swt tiba masanya Mizan Masyar bagi saya?
Berhentilah sedih-sedih.Berhentilah nangis nangis. Berhentilah taksub pada anak anak dan keluarga. Ini semua poyo.

Sunday, November 3, 2013
Hamba
Dalam perjalanan aku ini,
Ada satu perkara yang setiap hari,
Semakin aku sedari,
Kejauhan, kerinduan,
Ada sebab untuk semuanya
Aku rasa
Selain juga,
Dari ilmu yang dituntut
Ada juga
Kadangkala
Perasaan bahawa
Sebenarnya
Dia mahu aku lebih mendekatiNya
Orang kata,
Dia kata,
Hidup aku tidak bermakna,
Kalau aku tak sedar bahawa,
Hidup aku ini sebenarnya,
Tujuannya,
Ada tiga.
1) Menghambakan diri pada Dia
2) Berbuat baik kepada manusia dan sekelian alam
3) Menjadi khalifah di bumi ini
HabluminAllah, habluminannas
Jadi
Apa mungkin,
Aku disini
Untuk menyedari
Kelemahan, kepincangan ku selama ini?
Apa mungkin,
Sesngguhnya aku merasai,
Dia hendak memberi aku syurga,
Seperti yang dijanji?
SubhanAllah sebenarnya aku semakin insaf
Diri aku
Seperti hama
Tidak ada apa apa
Cuma aku dan Dia
Itulah yang perlu ku semai,
Ku tanam,
Di setiap sudut hatiku,
Setiap masa.
Jadi
Aku sedang mencuba
Setiap hari
Mencuba memperbaiki langkahku,
Kataku, hatiku
Imanku
Kata orang,
Untuk mendapat redhaMu,
Jiwa aku mesti bebas,
Dari mengharapkan penghargaan manusia,
Tidak peduli,
Puji mahupun keji,
Aku bisa menjalani kehidupan saban hari,
Dengan hanya Engkau di dalam hati.
Tidak hanya anak-anak, sahabat,
Terutamanya suami,
Biarlah jika tidak mahu memahami,
Aku manusia
Terkadang aku terasa
Orang cakap senang sahaja
Takwa,iman...
Selalu tersungkur jatuh dibuai perasaan
Yang dipermainkan syaitan
Bila aku berseorangan
Tetapi kuasa Dia
Aku telah merasa kemanisan
Bantuan tangan yang aku tahu Dia hulurkan
Tatkala aku terkapai kapai kelemasan
Umpama hilang seribu pengharapan
Ya Allah,
Sekarang ini aku mengerti,
Hala tuju hidup aku
Untuk Kamu.
Aku hamba.
Itu sahaja.
YA Allah
Aku serahkan jiwa raga,
Jazakallahu khairan
Kerana memberi aku peluang kedua
Kerana Mu,
Setiap hari
Sekarang ini
Aku ingat mati,
Percukupkan amalan ku hari ini,
Agar esok jika aku ditakdirkan pergi,
Aku tidak menyesal dengan kehidupan yang telah Engkau beri.
Walaupun cabaran menggunung,
Walaupun masalah melanda,
Aku akan cuba sedaya upaya
Ada kalanya aku jatuh,
Kerana Kau mengingatkan aku ini hanya hamba yang tidak punya apa-apa.
Walaupun aku lemah,
Tetapi akan ku tetap cuba
Dengan segala kudrat yang ada,
Menjadi muslimah yang berjaya,
Dunia dan akhirat,
Hidup aku di dunia,
Dalam redha dengan apa adanya,
Mati aku,
Dalam khusnul khotimah..
Berilah aku Ya Allah,
Mati dalam iman,
Buku timbangan di beri di tangan kanan,
Siratul mustaqim melintas mudah terus ke hadapan..
Janganlah biarkan ini menjadi semata bayangan....
Aku mencintaiMu Ya Allah...
Dengan sepenuh hatiku,
Berilah kekuatan, ketakwaan, keimanan..
Supaya bila masanya aku dapat berjumpaMu,
Bersama Rasulullah saw yang disayang,
Aku dapat memberi salam,
Dengan senyuman ..
Amin....

Subscribe to:
Posts (Atom)