Dalam perjalanan aku ini,
Ada satu perkara yang setiap hari,
Semakin aku sedari,
Kejauhan, kerinduan,
Ada sebab untuk semuanya
Aku rasa
Selain juga,
Dari ilmu yang dituntut
Ada juga
Kadangkala
Perasaan bahawa
Sebenarnya
Dia mahu aku lebih mendekatiNya
Orang kata,
Dia kata,
Hidup aku tidak bermakna,
Kalau aku tak sedar bahawa,
Hidup aku ini sebenarnya,
Tujuannya,
Ada tiga.
1) Menghambakan diri pada Dia
2) Berbuat baik kepada manusia dan sekelian alam
3) Menjadi khalifah di bumi ini
HabluminAllah, habluminannas
Jadi
Apa mungkin,
Aku disini
Untuk menyedari
Kelemahan, kepincangan ku selama ini?
Apa mungkin,
Sesngguhnya aku merasai,
Dia hendak memberi aku syurga,
Seperti yang dijanji?
SubhanAllah sebenarnya aku semakin insaf
Diri aku
Seperti hama
Tidak ada apa apa
Cuma aku dan Dia
Itulah yang perlu ku semai,
Ku tanam,
Di setiap sudut hatiku,
Setiap masa.
Jadi
Aku sedang mencuba
Setiap hari
Mencuba memperbaiki langkahku,
Kataku, hatiku
Imanku
Kata orang,
Untuk mendapat redhaMu,
Jiwa aku mesti bebas,
Dari mengharapkan penghargaan manusia,
Tidak peduli,
Puji mahupun keji,
Aku bisa menjalani kehidupan saban hari,
Dengan hanya Engkau di dalam hati.
Tidak hanya anak-anak, sahabat,
Terutamanya suami,
Biarlah jika tidak mahu memahami,
Aku manusia
Terkadang aku terasa
Orang cakap senang sahaja
Takwa,iman...
Selalu tersungkur jatuh dibuai perasaan
Yang dipermainkan syaitan
Bila aku berseorangan
Tetapi kuasa Dia
Aku telah merasa kemanisan
Bantuan tangan yang aku tahu Dia hulurkan
Tatkala aku terkapai kapai kelemasan
Umpama hilang seribu pengharapan
Ya Allah,
Sekarang ini aku mengerti,
Hala tuju hidup aku
Untuk Kamu.
Aku hamba.
Itu sahaja.
YA Allah
Aku serahkan jiwa raga,
Jazakallahu khairan
Kerana memberi aku peluang kedua
Kerana Mu,
Setiap hari
Sekarang ini
Aku ingat mati,
Percukupkan amalan ku hari ini,
Agar esok jika aku ditakdirkan pergi,
Aku tidak menyesal dengan kehidupan yang telah Engkau beri.
Walaupun cabaran menggunung,
Walaupun masalah melanda,
Aku akan cuba sedaya upaya
Ada kalanya aku jatuh,
Kerana Kau mengingatkan aku ini hanya hamba yang tidak punya apa-apa.
Walaupun aku lemah,
Tetapi akan ku tetap cuba
Dengan segala kudrat yang ada,
Menjadi muslimah yang berjaya,
Dunia dan akhirat,
Hidup aku di dunia,
Dalam redha dengan apa adanya,
Mati aku,
Dalam khusnul khotimah..
Berilah aku Ya Allah,
Mati dalam iman,
Buku timbangan di beri di tangan kanan,
Siratul mustaqim melintas mudah terus ke hadapan..
Janganlah biarkan ini menjadi semata bayangan....
Aku mencintaiMu Ya Allah...
Dengan sepenuh hatiku,
Berilah kekuatan, ketakwaan, keimanan..
Supaya bila masanya aku dapat berjumpaMu,
Bersama Rasulullah saw yang disayang,
Aku dapat memberi salam,
Dengan senyuman ..
Amin....
No comments:
Post a Comment