Thursday, June 20, 2013

Kau Ada....

Bila hampa dengan keadaan manusia yang menidakkan hak orang lain yang diberi guna tatkala mereka perlu, ingatkanlah diriku Ya Allah bahawa mungkin kata putus inilah yang telah Kau tentukan untukku, mudah-mudahan ada rahmat di sebalik semua ini..

Yang penting saya tidak memutuskan silaturrahim ; walaupun betapa berat sekalipun..

Amin Ya Rabb..whatever it is good morning everyone..It is a wonderful day because I have Allah swt, family and friends with me..

:-)

Sunday, June 16, 2013

Dalam Apapun..Kau Ada..

Kasih sayang,
Dalam pengertian ku
Merangkap semua perkara,

Dia suka aku suka,
Dia diuji aku sama,
Redah semua
Sehinggalah datang berita
Yang mampu tenangkan jiwa..

Pabila aku,
Gundah gelana
Mencari secebis pengertian
Dari permasalahan
Yang kekadang terasa 
Tak jumpa jawapan

Di manakah dia ?

Gembira dalam aku duka
Ketawa dalam aku tangis
Beramai dalam aku sendiri

Meniti sepi pada setiap pelusuk cabang dan duri,

Masanya penuh sentiasa
Tapi untuk aku..
Secebis?

Jikapun ada,
Dalam penat,
Dalam sibuk,
Dan kemudiannya tiada apa apa..

Mungkin ini perlu untuk dia
Menyembunyikan keluh kesahnya
Yang bersarang di jiwa

Mungkin juga
Ini balasan dosa ku
Suatu waktu dahulu

Di waktu 
Aku terlalu penat
Mendukung beban yang digalas
Merungkai setiap ujian,
Yang diakurkan 
Dipikul,
Untuk diselesai bersama

Atas nama kasih sayang
Janji
Juga kejayaan

Mungkin juga 
Kerana aku berputus asa,
Bergelumang dalam keperitan,
Cabaran yang sering menghimpit,
Menjadikan pernah hormat padanya luluh
Di atas segala tindakannya
Dalam takut
Tetapi bagai meniti di atas api
Menguji kami

Maka dalam itu
Dalam tidak sedar
Mungkin aku
Telah melukakan

Ya Allah jika benar ini dosaku
Aku terima balasan ini
Maafkanlah dosaku,

Dan aku mohon keampunan darinya jua..

Tetapi,
Jika ini,
Satu kezaliman terhadap diriku,
Darinya,
Dalam sedar mahupun tidak,

Kau ampunkanlah dia Ya Allah

Kerana
Aku redha
Mudahan ianya

Menjadikan aku
Lebih mengerti tempat kerdil aku di bumi Mu,
Yang maha luas ini..

Ya Allah,
Tatkala ini,
Jikapun tiada siapa di dunia ini untuk aku,
Akan ku cari kekuatan dalam diri,
Untuk mengharungi semua,
Demi kejayaan,
Kerana aku tahu,
Kau ada,
Di mana jua,
Untuk aku.

In shaa Allah...

Zarina 15/06/2013

Wednesday, June 5, 2013

Ingat ni Zarina

Ingat ni Zarina : Apa guna ada harta, tunjuk kaya macam nak gila tetapi hati tetap buta ingatkan hak orang lain yang kau masih belum tunaikan. Kalau orang tu tak halalkan kau ambil hak dia, tak kisahlah mak bapak ke, adik beradik atau kawan kawan..sampai anak cucu kau hidup tak senang.

Ingat ni Zarina : Hari ni Allah bayar cash pada dosa engkau untuk bagi kau peluang masuk syurga. Tapi kalau nasib kau tak baik orang yang kau aniaya hak dia ada kat tepi gelak kat engkau . Nampak dah ..tapi eh.. dia masih tak halalkan penganiayaan engkau pada dia.

Duit. Masa. Jasa. Ampun. Semuanya

Ingat ni Zarina : Besok lusa engkau akan mati. Jadi sebelum terlambat buatlah apa yang patut.

Allah swt nampak semuanya.