Saturday, December 31, 2016

An old friend whom I would like to make dua for

How ironic it is to see her today. As friends we started out with common interests and goals; and then due to an unfortunate misunderstanding we had a fall out. She never did apologize even when I did; but that was fine for me as I never would have liked to keep baggage as I moved along in my life.
Now, 10 years on, it is strange to see that her path is now so different than where I hoped we would be should we still remain friends. 
Somehow, this has made me understand that He was trying to teach me something really profound today; that if you truly ask God to become a better person than you were before; He will make you new friends and family that will lead you right up to that righteous path. At the same time he will also make you leave behind all those people that will never help you get there, or worse still destroy you.
Syukur alhamdulillah today I do believe I am within the right circle, with the right people. You know who you are. Here and beyond.
Thank you . Thank you Allah.
And as for her, I will always make dua she will remember the path we both said we would like to take, and not steer too far away from it. Amin..

Wednesday, December 7, 2016

YA ALLAH.. terjumpa ini. Nukilan hati di satu malam yang sunyi Nov 2013

Dalam perjalanan aku ini,
Ada satu perkara yang setiap hari semakin aku sadari,
Jauh, rindu,
Ada sebab semua ini berlaku

Aku rasa 
Selain dari kewajipan ilmu yag perlu dituntut
Ada juga
Kadangkala
perasaan bahawa
sebenarnya
Dia mahu aku lebih mendekatiNya

Orang kata 
Dia kata
Hidup aku tidak bermakna
Kalau aku tak sedar bahawa
Hidup aku ini sebenarnya
TUJUANNYA:

Ada tiga.

1) Menghambakan diri pada Dia
2) Berbuat baik kepada manusia dan sekelian alam
3) Menjadi khalifah di bumi ini

HabluminAllah, habluminannas

Jadi,
Apa mungkin,
Aku disini
Untuk menyedari
Kelemahan, kepincangan ku selama ini?

SubhanAllah sebenarnya aku semakin insaf

Diri aku
Seperti hama
tidak ada apa apa
Hanya aku perlu Dia

Jadi
Aku sedang mencuba
Setiap hari
Mencuba memperbaiki langkahku,
Dadaku, kataku
Imanku

Kata orang,
Untuk mendapat redhaMu,
Jiwa aku mesti bebas,
Dari mengharapkan penghargaan manusia,
Tidak peduli, puji atau keji,
Aku bisa menjalani kehidupan saban hari,
Dengan hanya Engkau di dalam hati.

Tidak hanya anak-anak, sahabat,
Terutamanya SUAMI,
Yang terkadang aku merasa tidak mahu memahami,

Tetapi
Aku manusia
Terkadang aku terasa
Orang cakap senang sahaja
Takwa, Iman...
Kadang kadang tersungkur jatuh dibuai perasaan
Yang dipermainkan syaitan
Bila aku berseorangan

Tetapi kuasa Dia
Aku telah merasa kemanisan
Bantuan tangan yang aku tahu Dia hulurkan
Tatkala aku terkapai kapai kelemasan
Umpama hilang seribu pengharapan

Ya Allah,
Sekarang ini aku mengerti,
Hala tuju hidup aku
Untuk Kamu.

Aku hamba.
Itu sahaja.

Walaupun aku lemah,
Tetapi akan ku tetap cuba
Dengan segala kudrat yang ada,

Menjadi muslimah yang berjaya,
Dunia dan akhirat,
Hidup aku di dunia,
Bahagia dengan apa adanya,
Mati aku,
Dalam Khusnul khotimah..

YA Allah
Aku serahkan jiwa raga,
Jazakallahu khairan
Kerana memberi aku peluang kedua

Kerana Mu,
Setiap hari
Sekarang ini
Aku ingat mati,
Percukupkan amalan ku hari ini,
Agar esok jika aku ditakdirkan pergi,
Aku tidak menyesal dengan kehidupan yang telah Engkau beri.

Walaupun cabaran menggunung,
Walaupun masalah melanda,
Aku akan cuba sedaya upaya
Ada kalanya aku jatuh,
Kerana Kau mengingatkan aku ini manusia.

Berilah aku Ya Allah,
Mati dalam iman,
Buku Timbangan di beri di tangan kanan,
Siratul mustaqim melintas mudah di hadapan..

Janganlah biarkan ini menjadi semata bayangan....
 
Aku mencintaiMu Ya Allah...
Dengan sepenuh hatiku,
Berilah kekuatan, ketakwaan, keimanan..

Supaya bila masanya aku dapat berjumpaMu,
Bersama Rasulullah saw yang disayang,
Aku dapat memberi salam,
Dengan senyuman ..

Amin....