Wednesday, December 7, 2016

YA ALLAH.. terjumpa ini. Nukilan hati di satu malam yang sunyi Nov 2013

Dalam perjalanan aku ini,
Ada satu perkara yang setiap hari semakin aku sadari,
Jauh, rindu,
Ada sebab semua ini berlaku

Aku rasa 
Selain dari kewajipan ilmu yag perlu dituntut
Ada juga
Kadangkala
perasaan bahawa
sebenarnya
Dia mahu aku lebih mendekatiNya

Orang kata 
Dia kata
Hidup aku tidak bermakna
Kalau aku tak sedar bahawa
Hidup aku ini sebenarnya
TUJUANNYA:

Ada tiga.

1) Menghambakan diri pada Dia
2) Berbuat baik kepada manusia dan sekelian alam
3) Menjadi khalifah di bumi ini

HabluminAllah, habluminannas

Jadi,
Apa mungkin,
Aku disini
Untuk menyedari
Kelemahan, kepincangan ku selama ini?

SubhanAllah sebenarnya aku semakin insaf

Diri aku
Seperti hama
tidak ada apa apa
Hanya aku perlu Dia

Jadi
Aku sedang mencuba
Setiap hari
Mencuba memperbaiki langkahku,
Dadaku, kataku
Imanku

Kata orang,
Untuk mendapat redhaMu,
Jiwa aku mesti bebas,
Dari mengharapkan penghargaan manusia,
Tidak peduli, puji atau keji,
Aku bisa menjalani kehidupan saban hari,
Dengan hanya Engkau di dalam hati.

Tidak hanya anak-anak, sahabat,
Terutamanya SUAMI,
Yang terkadang aku merasa tidak mahu memahami,

Tetapi
Aku manusia
Terkadang aku terasa
Orang cakap senang sahaja
Takwa, Iman...
Kadang kadang tersungkur jatuh dibuai perasaan
Yang dipermainkan syaitan
Bila aku berseorangan

Tetapi kuasa Dia
Aku telah merasa kemanisan
Bantuan tangan yang aku tahu Dia hulurkan
Tatkala aku terkapai kapai kelemasan
Umpama hilang seribu pengharapan

Ya Allah,
Sekarang ini aku mengerti,
Hala tuju hidup aku
Untuk Kamu.

Aku hamba.
Itu sahaja.

Walaupun aku lemah,
Tetapi akan ku tetap cuba
Dengan segala kudrat yang ada,

Menjadi muslimah yang berjaya,
Dunia dan akhirat,
Hidup aku di dunia,
Bahagia dengan apa adanya,
Mati aku,
Dalam Khusnul khotimah..

YA Allah
Aku serahkan jiwa raga,
Jazakallahu khairan
Kerana memberi aku peluang kedua

Kerana Mu,
Setiap hari
Sekarang ini
Aku ingat mati,
Percukupkan amalan ku hari ini,
Agar esok jika aku ditakdirkan pergi,
Aku tidak menyesal dengan kehidupan yang telah Engkau beri.

Walaupun cabaran menggunung,
Walaupun masalah melanda,
Aku akan cuba sedaya upaya
Ada kalanya aku jatuh,
Kerana Kau mengingatkan aku ini manusia.

Berilah aku Ya Allah,
Mati dalam iman,
Buku Timbangan di beri di tangan kanan,
Siratul mustaqim melintas mudah di hadapan..

Janganlah biarkan ini menjadi semata bayangan....
 
Aku mencintaiMu Ya Allah...
Dengan sepenuh hatiku,
Berilah kekuatan, ketakwaan, keimanan..

Supaya bila masanya aku dapat berjumpaMu,
Bersama Rasulullah saw yang disayang,
Aku dapat memberi salam,
Dengan senyuman ..

Amin....

No comments: